VCO EMULSION


MINYAK KELAPA DARA EMULSI (VCO EMULSION)

Minyak kelapa dara (VCO) merupakan minyak yang telah diperakui sebagai minyak yang menakjubkan dan amat menyihatkan di dunia ini. Kita semua tahu bahawa VCO adalah bahan yang bersifat minyak. Sifat-sifat minyak ini sebenarnya membataskan penggunaannya terutamanya untuk memberikan kesan terapeutik dalaman tubuh badan. Ia juga sedikit sebanyak mempengaruhi kesan pada penggunaan topical atau luaran badan. Ramai orang tidak dapat menelan minyak mentah-mentah begitu sahaja, lebih-lebih lagi sesetengah orang tidak begitu suka dengan aroma kelapa atau minyak kelapa.

Kini satu inovasi baru telah ditemui di mana VCO telah dimanipulasikan menjadi emulsi yang mempunyai sifat-sifat kelarutan dalam air. Sepertimana yang kita tahu bahawa tubuh badan kita mengandungi 70% air, maka dengan itu sifat VCO emulsi ini akan memudahkan lagi proses penyerapan dan proses pencernaan. 




Emulsi VCO adalah makanan berfungsi VCO yang lebih ‘versatile’ memandangkan ia dengan mudah boleh digunakan secara dalaman atau luaran dengan penambahan perisa-perisa dan bahan-bahan aktif yang dibenarkan dalam pemakanan. 


Semua bahan-bahan yang digunakan dalam pemprosesan ini dijamin mutu dan keasliannya melalui pembekal-pembekal yang berdaftar dan mempunyai  amalan perniagaan berstatus ‘HALAL’ yang sah daripada kerajaan Malaysia. (JAKIM)

Kaedah pemprosesan VCO emulsi

VCO dihasilkan melalui proses fermentasi sehingga terhasil minyak yang bersih setelah dituras serta process ini dijalankan adalah tanpa pemanasan dan bahan kimia.

Seterusnya VCO diadun dengan perisa makanan yang dibenarkan bersama bahan organic  pengemulsi  serta bahan aktif (herba dan lain-lain) untuk proses terakhir. VCO yang mula-mula adalah VCO emulsi mikro. Setelah tindakbalas menyeluruh selesai, VCO emulsi akan menjadi jernih dan bertukar menjadi VCO emulsion nano (Nano-Emulsi). Keadah pemprosesan ini telah di hantar untuk dipatenkan di Harta Intelek Malaysia.

No comments:

Post a Comment