Minyak kelapa dara emulsi (VCO emulsion)
Minyak kelapa dara (VCO) merupakan minyak yang telah diperakui sebagai minyak yang menakjubkan dan amat menyihatkan di dunia ini. Kita semua tahu bahawa VCO adalah bahan yang bersifat minyak. Sifat-sifat minyak ini sebenarnya membataskan penggunaannya terutamanya untuk memberikan kesan terapeutik dalaman tubuh badan. Ia juga sedikit sebanyak mempengaruhi kesan pada penggunaan topical atau luaran badan. Ramai orang tidak dapat menelan minyak mentah-mentah begitu sahaja, lebih-lebih lagi sesetengah orang tidak begitu suka dengan aroma kelapa atau minyak kelapa.
Kini satu inovasi baru telah ditemui di mana VCO telah dimanipulasikan menjadi emulsi yang mempunyai sifat-sifat kelarutan dalam air. Sepertimana yang kita tahu bahawa tubuh badan kita mengandungi 70% air, maka dengan itu sifat VCO emulsi ini akan memudahkan lagi proses penyerapan dan proses pencernaan.
SEDAP DI MAKAN, LARUT DALAM AIR serta menggunakan TEKNOLOGI NANO.
Emulsi VCO adalah makanan berfungsi VCO yang lebih ‘versatile’ memandangkan ia dengan mudah boleh digunakan secara dalaman atau luaran dengan penambahan perisa-perisa dan bahan-bahan aktif yang dibenarkan dalam pemakanan.
Semua bahan-bahan yang digunakan dalam pemprosesan ini dijamin mutu dan keasliannya melalui pembekal-pembekal yang berdaftar dan mempunyai amalan perniagaan berstatus ‘HALAL’ yang sah daripada kerajaan Malaysia. (JAKIM)
Kandungan VCO emulsi
- Asid laurik
- Monolaurin
- Lemak tepu rantai pendek dan sederhana
- Vitamin
- Zat mineral
- Fitosterol
Kaedah pemprosesan VCO emulsi
VCO dihasilkan melalui proses fermentasi sehingga terhasil minyak yang bersih setelah dituras serta process ini dijalankan adalah tanpa pemanasan dan bahan kimia.
No comments:
Post a Comment